Page List

REKABENTUK MENARA MODEN BERKONSEP 'CONE PINE' YANG MENAKJUBKAN (22 FOTO)

Arkitek dari Jepun Sou Fujimoto telah merekabentuk blok menara berbentuk seperti 'cone pine' dengan balkoni bercambah keluar ke semua arah, ianya merupakan sebahagian daripada projek yang akan dijalankan di Montpellier, Perancis.

Banggunan yang dinamakan Arbre Blanc ini, terdiri dari 17 tingkat bagi pelbagai kegunaan mencerminkan bentuk yang terdapat dalam alam semula jadi.

Bangunan ini menampilkan bentuk yang melengkung seakan batang pokok, manakala 120 balkoni pangsapuri direka seakan daun yang mencari cahaya matahari. Setiap unit rumah akan menghadap arah yang berbeza, ini membolehkan penduduk untuk memilih orientasi yang paling sesuai dengan gaya hidup mereka.

Ruang lain pada menara ini adalah termasuk galeri seni, restoran, panoramic bar dan ruangan pejabat. Pembinaan menara ini dijadualkan bermula pada Julai 2015 dan dijangka siap pada Disember 2017.












Credit Koreus

No comments:

Post a Comment