Page List

ONEPLUS ONE-SMART PHONE YANG OHSEM DAN SUPER MURAH (8 FOTO, 1 VIDEO)

'OnePlus' ialah nama baru dalam penghasilan smart phone di dunia ini. Syarikat OnePlus ini berasal dan berpengkalan di China. Mereka percaya bahawa peranti berspesifikasi tinggi tidak seharusnya dijual pada harga yang membebankan rakyat.

Peranti pertama dan terulung mereka 'OnePlus One', mempunyai skrin bersaiz bagak 5.5 inci, pemproses 2.5 GHz Qualcomm Snapdragon 801, RAM 3GB, Kamera 13 Megapixel dan saiz memori bermula dari 16 Gigabyte.

Smart phone lain yang mempunyai spesifikasi sebegini dijual pada harga mencecah USD 600 seketol,  tetapi OnePlus One dijual pada harga USD 299 (RM 976) seketol. Ini adalah harga yang tak masuk di otak bagi peranti dengan spec yang sepower ini. Rekaannya nampak kemas dan ianya menggunakan Android edisi CynogenMod.

Sooo Ohsem!









Credit theregister

No comments:

Post a Comment