Page List

IIAMO GO - BOTOL SUSU BAYI DENGAN SISTEM PEMANASAN TERBINA YANG TIDAK MENGGUNAKAN ELEKTRIK (8 FOTO)

Rekaan bersama pereka terkenal Karim Rashid (pereka industri dan arkitek dalaman dari Cairo, Mesir) dan iiamo (syarikat muda yang berpangkalan di Denmark) maka terhasillah 'iiamo Go'. Dengan visi untuk memudahkan dan membuatkan kehidupan bayi dan ibu bapa lebih baik maka mereka memperkenalkan 'iiamo Go' sebagai botol minuman atau botol susu bayi dengan sistem pemanasan terbina.

'iiamo Go' adalah satu-satunya produk botol minuman bayi yang menyatukan kobinasi mudah alih, tidak menggunakan elektrik, menggunakan kartrij organik pakai buang sebagai bahan pemanas secara terbina pada botol minuman bayi.

Produk ini memanaskan susu menggunakan haba yang terhasil dari kapsul pakai buang yang terletak di bahagian bawah botol yang mengandungi air dan garam. Haba akan terhasil sebagai mana campuran air dan garam tersebut tersejat semula.

Beruntunglah anak-anak kepada ibu bapa yang berduit dan mampu memiliki 'iiiamo Go'. Hidup makin mudah untuk mereka.



Credit iiamo

No comments:

Post a Comment